Anak sulung menikah, Umie Aida selamat terima menantu

Iklan
Anak Umie Aida - SinarPlus

PELAKON Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus, 27, selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Hanis Zahira Mohd Ghazali, pagi tadi.

Umie menerusi perkongsian di laman Instagramnya hari ini turut memuat-naik sebuah video yang menyaksikan detik istimewa saat pasangan itu disatukan sebagai suami isteri.

Iklan
Iklan

"Syukur alhamdulillah,” ujar Umie ringkas.

Difahamkan majlis pernikahan itu berlangsung di sebuah masjid di Jalan Damai, Kuala Lumpur. Pasangan pengantin turut diraikan dalam suasana yang cukup harmoni dan sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.

Iklan

[caption id="attachment_29869" width="1024"] Betty Rahmad, Erma Fatima dan Umie Aida teruja menyambut ahli keluarga baharu.[/caption]

Momen istimewa itu turut dikongsikan Erma Fatima dan adiknya, Betty Rahmad dengan memuat naik beberapa video pendek di Instagram (IG) Story masing-masing hari ini.

Iklan

Rakan-rakan selebriti dan pengikut Umie berkongsi kegembiraan yang sama dengan mengucapkan tahniah kepada pelakon filem Dukun itu.

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada bulan Jun lalu.

Selain Mohd Danial, Umie mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhelmy, 26, dan Aisyah Humaira yang kini berusia setahun.

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Datin Seri Umie Aida, Erma Fatima dan Betty Rahmad)