Ambuyat pengganti nasi, makanan tradisional unik masyarakat Sabah, Brunei

Iklan
ambuyat

BIARPUN hanya terpisah kira-kira sejam setengah perjalanan menaiki feri antara Labuan ke Jeti Menumbok, Sabah, namun Amniera Nazira Amran terpaksa akur dengan situasi pandemik Covid-19.

Bimbang akan penularan virus tersebut, maka beliau memujuk hati untuk kekal sementara waktu di Labuan bersama suami dan dua anaknya yang masih kecil.

Iklan
Iklan

Pun begitu, wanita berusia 27 tahun itu sukar menolak gejolak hatinya untuk pulang ke kampung di Bongawan, Sabah menemui nenek dan ahli keluarganya yang lain.

"Sebelum pandemik boleh dikatakan kerap balik kampung berjumpa saudara-mara, tetapi hari ini berbeza apabila harus waspada dengan wabak Covid-19.

Iklan

[caption id="attachment_29932" width="1024"] AMNIERA NAZIRA menunjukkan cara memintal ambuyat menggunakan candas sebelum dicicah bersama lauk sampingan seperti ikan masak ampap dan sayur paku pakis.[/caption]

Iklan

Secara ringkasnya, ambuyat atau linut yang diperbuat daripada tepung sagu merupakan makanan tradisional popular dalam kalangan masyarakat Brunei, Bisaya, Bajau, Dusun, Kadazan, Kedayan dan Sino.

Mengikut kebiasaan, ambuyat disajikan dan dimakan beramai-ramai tatkala ahli keluarga berkumpul.

Sajian berkanji, berwarna putih jernih dan kelihatan seperti gam itu menjadi pilihan bagi mengganti nasi ketika menjamu selera pada makan tengah hari, makan malam ataupun sewaktu berbuka puasa.

Menurut Amniera Nazira, sekurang-kurangnya dengan adanya ambuyat, hidangan mereka sekeluarga dapat dipelbagaikan.

Lagipun konsepnya sama seperti nasi kerana dimakan bersama lauk kampung dan ulam memandangkan rasanya tawar. Tiada rasa manis, masam ataupun pahit.

Guna candas

[caption id="attachment_29933" width="1024"] AMBUYAT lazimnya dimakan menggunakan kayu penyepit atau candas yang diperbuat daripada kayu pokok rumbia.[/caption]

"Namun begitu, cara untuk menikmati ambuyat tidak sama seperti makan nasi atau bihun. Disebabkan teksturnya berbentuk cecair likat, maka ia akan dipintal menjadi bebola kecil menggunakan candas (kayu penyepit).

Bicara graduan Universiti Malaysia Sabah tersebut, sehingga kini beliau dan ahli keluarganya kekal menikmati ambuyat secara tradisional iaitu menggunakan candas.

"Segelintir individu menggunakan garpu, tetapi kami tetap memilih candas kerana mudah untuk memintal dan mencicah ke dalam lauk. Lagipun ambuyat cepat melekat pada kayu penyepit berbanding garpu," jelas wanita berketurunan Melayu-Brunei mengenai candas seakan-akan chopstik yang mana hujung kayu bersambung dan bentuk huruf V.

Sementara itu, bercerita mengenai proses memasak ambuyat, Amniera Nazira memberitahu, caranya amat mudah, namun memerlukan teknik yang betul.

Resipi ambuyat

Bahan-bahan

- 1 kilogram tepung sagu

- 2 sudu makan air putih

- Air panas mendidih

Cara penyediaan:

1. Masukkan tepung sagu ke dalam bekas.

2. Gaulkan seketika bersama dua sudu makan air putih sehingga tepung tidak berketul.

3. Kemudian, tuang air panas yang mendidih sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sagu.

4. Gaul sehingga tepung berubah menjadi jernih, pekat dan melekit teksturnya.

Foto: Irwan Majid