Video Sofyank mengenai hari raya buat penonton sebak

Iklan
Tiada kesan khas video terkini Sofyank tapi memberi pesanan cukup mendalam.

NAMA Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah kini cukup popular sebagai individu kreatif yang menghasilkan video hebat dengan teknik kesan khas yang sangat luar biasa.

Manakan tidak, sebelum ini video Sofyank pernah mendapat perhatian Personaliti YouTube dan pencipta digital content terkenal dunia, Zach King dan Will Smith.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_5447" width="1024"] Mohamad Sofian Abdullah[/caption]

Namun, dengan situasi yang melanda dunia hari ini akibat jangkitan wabak Covid-19, Sofyank memuat naik satu video pesanan khidmat masyarakat.

Iklan

Menerusi video terbarunya itu, kelihatan hanya dia seorang duduk di depan komputer riba dalam sebuah bilik gelap dan hanya diterangi oleh cahaya komputer ribanya.

Penonton pastinya ternanti-nanti apakah kesan khas yang akan ditunjukkan oleh Sofyank dalam video tersebut.

Iklan

Setelah menunggu, tiada kesan khas sebaliknya hanyalah lagu latar dan pesanan khidmat masyarakat dengan caption:

"Raya this year gonna hit differently if we don’t’t listen to the order.. .Pilihan di tangan kita #StayAtHome and just #StayAtHome”

Walaupun hanya video ringkas dari Sofyank, namun mesejnya sampai di hati penonton. Boleh sebak menontonnya!

Video berdurasi 44 saat itu telah meraih 167 ribu tontonan, 12,700 retweets dan 10,500 tanda suka.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video ringkas dari Sofyank itu yang menggambarkan rasa sedih.

Jadi, #juststayathome #janganputusasamalaysia