Khidmat Google alami gangguan, ramai pengguna mula merungut

Iklan
Khidmat Google alami gangguan, ramai pengguna mula merungut

PERKHIDMATAN Google seperti Gmail, Docs, Drive termasuk juga YouTube kini sedang tergendala.

Ramai pengguna dilihat mengeluh dengan situasi tersebut yang mana Gmail, Google Maps dan siaran YoutTube terutamanya tidak boleh diakses seperti kebiasaan.

Iklan
Iklan

Perkhidmatan video call Google Meet juga terkena tempiasnya, pengguna kini tidak boleh menggunakan sistem komunikasi tersebut sama ada membuat atau menerima panggilan.

Sementara itu, pengguna Android juga turut terkesan yang mana mereka kini gagal mengakses Play Store sama ada untuk mendaftar mahupun memuat turun aplikasi di dalamnya.

Iklan

Fuh! Boleh tahan juga kesan apabila Google down secara tiba-tiba macam ni.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Google berhubung kejadian yang menimpa bukan sahaja di Malaysia, malahan negara jiran seperti Indonesia dan beberapa negara lain turut menghadapai situasi yang sama.

Iklan

Diharap semua pengguna dapat bersabar dan menunggu maklum balas daripada pihak Google dalam masa terdekat.