TEKA-teki 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung 7 Februari 2021 akhirnya terjawab.
Pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang berlangsung sebentar tadi dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, tiga lagu ciptaan Hael Husaini diumumkan layak ke AJL35 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Senarai 12 buah lagu yang akan bertanding di AJL35 adalah:
LAGU | PENYANYI | KOMPOSER | PENULIS LIRIK |
HATI | Hael Husaini | Hael Husaini & Ezra Kong | |
7 NASIHAT | Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta | Kmy Kmo & Luca Sickta | |
BELENGGU RINDU | Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah | Hael Husaini & Ezra Kong | |
AKU BIDADARI SYURGAMU | Aishah | Ippo Hafiz | Siti Rosmizah |
HUTANG | Floor 88 | Zai Hamzah | Achoi Floor 88 |
KAU SAKITI | Amir Masdi | Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage | |
GUNDAH | Ernie Zakri | Ernie Zakri & Sharon Paul | |
GILA | Kaka Azraff, Noki & Loca B | Noki, Loca B & Ezra Kong | |
JANGAN KHIANATI AKU | Azlan & The Typewriter | Dark | |
EH | Zizi Kirana | Navigator & Zizi Kirana | Mambang & Zizi Kirana |
SEMALAM | Aina Abdul Aina Abdul | ||
PELUANG KEDUA | Hael Husaini | Hael Husaini & MFMF |
Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.
SFMM35 dikendalikan Sherry Alhadad bersama Haziq Husni. Dapatkan maklumat lanjut SFMM35 dan AJL35 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur.