Masalah kemaluan kanak-kanak melekat, pakar jelaskan ibu bapa jangan panik

Iklan

LABIAL fusion ataupun lebih mudah disebut faraj melekat merupakan masalah biasa pada kanak-kanak perempuan.

Mengulas secara terperinci, kata Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, masalah itu biasa berlaku pada kanak-kanak perempuan berusia dua hingga empat tahun.

Iklan
Iklan

"Untuk tiga bulan pertama, hormon estrogen daripada ibu masih ada dalam peredaran darah bayi, sebab itulah kita jarang jumpa pada bayi perempuan. Selepas tigas bulan, hormon itu sudah tidak ada dan akan menyebabkan faraj bercantum maka kelihatan kemaluan sedikit pelik dan seakan-akan tidak normal,” jelas Dr Muhammad Izzat melalui entri Facebook.

Iklan

Biasanya labial fusion ini tidak timbulkan apa-apa masalah.

Iklan

"Kalau ada pun kanak-kanak akan mengadu masalah kencing yang mana air kencing berkumpul di belakang tempat melekat tersebut.

"Yang merisaukan ibu bapa apabila tengok kemaluan anak mereka lain seperti yang biasa, mereka ingatkan anaknya tak normal,” ujarnya.

Ibu bapa perlu tahu, jika tiada masalah kencing, kanak-kanak tidak memerlukan rawatan.

Faraj yang bercantum itu akan terbuka sendiri apabila badannya (sendiri) menghasilkan estrogen sebelum umur sembilan tahun.

Baca juga Faye Kusairi lumpuh pada wajah ketika hamil, pakar jelaskan penyakit ini

Pun demikian, krim berkenaan tidak boleh guna dalam jangka masa yang lama, biasanya kurang dari enam minggu disebabkan hormon estrogen itu boleh meresap masuk ke dalam salur darah menyebabkan buah dada membesar dan beberapa kesan sampingan yang lain.

"Yang penting, kanak-kanak yang ada masalah ini bukannya tak normal. Mereka adalah perempuan yang mempunyai faraj, cuma bercantum pada awalnya (luaran sahaja) disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, tak perlu risau,” pesan Dr Muhammad Izzat.