Institut Kraf Negara cari belia untuk sertai pengajian bidang kraf, 5 kemudahan termasuk elaun ditawarkan!

Iklan
Institut Kraf Negara cari belia untuk sertai pengajian bidang kraf, 5 kemudahan termasuk elaun juga ditawarkan!

BERITA baik bagi golongan belia yang minat dengan seni kraf!

Institut Kraf Negara kini mempelawa penyertaan golongan belia di seluruh negara yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian bagi sesi Julai 2021 dalam bidang kraf berteraskan kemahiran iaitu Program Diploma dan Sijil di Institut Kraf Negara atau Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan Institut Kraf Negara hari ini, institut itu menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan akademik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf industri kreatif seiring dengan kehendak industri.

Iklan

Permohonan kini telah dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian serta sah sehingga 15 Jun 2021.

Antara kemudahan yang bakal diperoleh pelajar yang mengikuti program tersebut adalah seperti :

Iklan

  • Pelajar akan menerima kemudahan asrama.
  • Alatan dan bahan bengkel disediakan.
  • Elaun sara hidup bulanan.
  • Makan dan minum disediakan.
  • Insurans perlindungan.

Sementara itu, pemohon yang berada di Sabah juga boleh mendapatkan borang permohonan dengan datang terus ke pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sabah).

Manakala pemohon di Sarawak boleh mendapatkannya di pejabat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sarawak).

Antara kursus yang ditawarkan bagi program diploma dan sijil ialah Seni Kraf Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik dan Rotan, dengan beberapa syarat kemasukan ditetapkan.

Sebarang pertanyaan dan bantuan teknikal sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar, Institut Kraf Negara di talian 03-60915322, atau emel hep.ikn@kraftangan.gov.my serta WhatsApp www.wasap.my/+60193005709/jom+masuk+ikn