Spageti segera untuk anda yang sibuk dan tiada masa, cepat dimasak, sedap untuk dimakan

Iklan
feature pasta

BAGI sesetengah negeri, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih diteruskan. Ini bermakna, masih ramai lagi bekerja atau belajar dari rumah.

Pastinya, selain memikirkan hal di pejabat, perkara penting lain yang akan difikirkan adalah tentang makanan.

Iklan
Iklan

Jangan risau kerana Ayam Brand hadir memudahkan semuanya. Terbaharu, jenama itu memperkenalkan makanan spageti sejuk beku sedia untuk dimakan yang mempunyai segala ciri yang baik.

Iklan

Antaranya tiada bahan pengawet, tiada monosodium glutamate (MSG) tambahan, tiada Genetically Modified Food (GMO) dan dibuat daripada pasta organik.

Antara yang boleh dijadikan pilihan adalah Ayam Brand Udang Pedas dengan Spageti Organik, Ayam Brand Saba dalam Sos Tomato dengan Spageti Organik dan Ayam Brand Tuna Kari Hijau dengan Spageti Organik.

Iklan

Ayam Brand dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga makanan spageti sejuk beku yang sedia dimakan itu adalah berkualiti dan sama seperti standard sebuah kafe.

"Setiap produk mengandungi kurang 330 kalori dan diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia," kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ayambrand.com.my/frozenpasta.