Suami isteri nak murah rezeki, amalkan 5 petua kasih sayang ini

Iklan
tugasan rumah

SETIAP pasangan suami isteri mesti mahukan rumah tangga kalian dimurahkan rezeki kan?

Apatah lagi, bila pasangan sentiasa menjalankan perintah Allah dengan sempurna, rezeki pun turut diberkati.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suami isteri perlu faham, rezeki bukan soal duit semata-mata, anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.

Iklan

Katanya, suami isteri nak murah rezeki, ini lima perkara kena buat selalu. InsyaAllah di samping banyakkan doa, rezeki juga akan datang sebanyak-banyaknya.

1. Makan sama-sama.

Iklan

Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.

Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apapun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama.

Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.

Baca juga ‘Ustaz segera’ hanya kejar dunia glamor, perlu contohi Raihan dalam berdakwah

3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri.

Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.

Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum.

5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah.

Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.

Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.

Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya.

Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.