Guna telegram pantau kegiatan curi dan penjualan barang lusuh bernilai tinggi

Iklan
8 Kelebihan Telegram yang ramai pengguna tak tahu, lebih mudah dan cepat!

MAKIN lama makin berharga! Aktiviti memburu barangan antik dan vintage kini bukan sahaja dijadikan sebagai hobi malahan punca pendapatan sampingan bagi golongan tertentu.

Seperti di UK, barang antik terlalu banyak untuk didapati dan kedai antik sangat mudah dijumpai.

Iklan
Iklan

Setiap hujung minggu juga terdapat ‘carboot sale‘ yang pasti terdapat penjual barangan lama. Kerap kali juga diadakan ‘antique fair‘ yang menjadi tumpuan seluruh pemburu antik di England.

Di negara kita pula lebih popular dengan aktiviti ‘pasar karat’ yang mana peminat dan penjual barangan antik menjadikannya lubuk untuk mendapatkan barang-barang lusuh yang masih bernilai tinggi.

Iklan

Barangan antik juga dikatakan mampu mencapai nilai yang tinggi walaupun ia sudah kelihatan agak lusuh dan peniaga-peniaga barang lusuh hari ini juga dilihat semakin agresif melakukan jualan termasuk penjualan online.

Disebabkan oleh permintaan yang semakin hari dilihat makin tinggi, Polis Kontinjen Melaka dilaporkan akan mewujudkan satu platform yang menghimpunkan peniaga-peniaga barang lusuh menerusi chat berkumpulan melalui aplikasi Telegram.

Iklan

Chat berkumpulan yang diwujudkan itu adalah salah satu usaha bagi mencegah penjualan barangan curi di negeri itu pada tahun depan.

Memetik laporan media tempatan, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Supt Makhzan Mat Nor berkata, ia merupakan inisiatif jabatan berkenaan agar peniaga barangan lusuh mematuhi peraturan di bawah Akta Peniaga Sekenhend 1946 (Akta 189).

Sementara itu, jika pemegang lesen perniagaan barangan lusuh ini dikesan melakukan kesalahan sama terutamanya di bawah Seksyen 13 Akta Peniaga Sekenhend 1946 kerana membeli barangan curi, polis juga tidak teragak-agak untuk mengesyorkan kepada Ketua Menteri Melaka untuk membatalkan lesen mereka.

Hanya Ketua Menteri Melaka yang mempunyai hak untuk membatalkan lesen perniagaan mana-mana pihak di bawah akta berkenaan manakala polis hanya mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan lesen sahaja.