PELAKON Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar kekasihnya, Uqasha Senrose di hadapan tetamu dan penonton Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) malam tadi, Ahad.
Menerusi program siaran langsung yang dipancarkan di saluran Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124) itu, Kamal dan Uqasha sebelum itu muncul sebagai penyampai anugerah bagi kategori Penyanyi MeleTOP, Grup / Duo MeleTOP dan Lagu MeleTOP.
Sebaik selesai, Kamal seterusnya membuat pengumuman istimewa itu bersama sebentuk cincin berlian tajaan dari Habib Jewels.
Menurut Kamal, lamaran itu adalah perkara yang paling berani pernah dilakukannya.
"Sebelum pas pada hos yang kacak dan cantik itu, saya nak buat pengumuman. Berdirinya saya di sini, ini kira perkara paling gentle yang saya pernah buat.
"Umum sedia maklum saya dan Uqasha dah beberapa kali bekerjasama, jadi suami isteri.
"Jadi Uqasha Senrose, jangan risau saya dah cakap dengan orang yang sepatutnya, keluarga.
"Saya nak tanya awak Uqasha, sudi tak jadi isteri saya?” ujar Kamal sambil disambut sorakan di PICC.
Uqasha yang nampak terkejut dan terkesima, cuba meminta kepastian dengan berkata :"Awak tengah promote drama ke apa?”
Kamal, 34, kemudiannya mengulang semula soalannya bersama sebentuk cincin dan Uqasha, 28, akhirnya menjawab 'yes' sambil disambut sorakan penonton.
[caption id="attachment_30743" width="1024"] Hubungan cinta antara Kamal dan Uqasha sudah mula dihidu ketika mereka membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad, tahun lalu. (Foto Instagram Kamal Adli)[/caption]
Kisah percintaan Uqasha dan Kamal mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.
Oktober lalu, ketika penggambaran Perempuan Tanpa Dosa dilakukan di Pahang, pengarah drama berkenaan, Michael Ang secara tidak sengaja memecah rahsia bahawa pasangan itu sudah mengikuti kursus perkahwinan di Pahang.
Bagaimanapun Uqasha dan Kamal cuba berdolak-dalik dan kelihatan tersipu-sipu apabila beberapa kali di asak oleh Michael dengan soalan sama.
FOTO : ASTRO