Banjir di pantai timur makin buruk, terus amalkan kawalan kendiri

Iklan
Banjir di pantai timur makin buruk, terus amalkan kawalan kendiri

KEADAAN banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) semakin meningkat pagi ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Kemaman merupakan daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa terkini seramai 5,108 orang (1,238 keluarga) berbanding 4,729 orang (1,135 keluarga) petang semalam.

Menerusi portal Jabatan Pengairan dan Saliran, dilaporkan paras air tiga sungai di dua daerah masih melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi iaitu Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman setinggi 18.56 meter (m); Sungai Kemaman, Kemaman setinggi 5.12 m dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun setinggi 12.81 m.

Iklan

Di Pahang pula, lebih 500 penduduk di Kampung Bantal di Ulu Tembeling, Jerantut dalam keadaan berjaga-jaga selepas berlaku beberapa kali kenaikan air akibat hujan lebat.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Mat motor ejek cyclist, masyarakat jemu dan mula hilang hormat!

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa rumah kedai di kawasan rendah telah dinaiki air mulai tengah malam kelmarin.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Mohd Wildan Azhari menasihati penduduk agar tidak mengambil risiko dengan berpindah sendiri ke PPS tanpa pengawasan agensi keselamatan.

Jabatan Penerangan Malaysia turut menasihatkan jangan lupa amalan norma baharu walaupun korang berada di pusat pemindahan banjir.

Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan dan amalkan kawalan kendiri seperti;

1. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau pembasmi kuman.

2. Kekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

3. Pakai pelitup muka jika penjarakan fizikal tidak dapat dikekalkan.

Sama-sama berhati-hati dengan situasi banjir yang tidak menentu. Sila ikut arahan pihak berkuasa di tempat korang.