Datuk Sheila Majid teruja bakal terima menantu

Iklan
Untitled design (92)

PENYANYI terkenal Datuk Sheila Majid berkongsi keterujaannya apabila bakal menerima menantu tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi Instagram miliknya, anak kedua Sheila iaitu Megat Abdul Majid Aziz mengikat tali pertunangan, pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Akhirnya… Penutup yang gembira untuk tahun ini,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen beserta video dan gambar majlis pertunangan anaknya itu.

Laman Instagram Sheila turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan artis tempatan dan seberang.

Iklan

Antara selebriti yang turut berkongsi kegembiraan termasuk pelakon Fazura dan Elaine Daly serta selebriti Indonesia, Krisdayanti, Marcell dan Tohpati.

Megat, 27 dan Wan Nur Khaleda, 29, merupakan anak daripada perkahwinan pertamanya dengan penerbit, Roslan Aziz.

Iklan

[caption id="attachment_30882" width="1024"] Keluarga bahagia Sheila Majid.[/caption]

Perkahwinan kedua Sheila bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim (atau lebih popular dengan panggilan Acis), mereka dikurniakan dua cahaya mata Khadeja Zaireen, 16 dan Khalefa Laila Murshim, 14.