AWAS! Bahan peluntur campur kopi bukan penawar Covid-19!

Iklan
AWAS! Bahan peluntur campur kopi bukan penawar Covid-19!

TAK masuk dek akal! Ada pihak tidak bertanggungjawab mendakwa pengambilan cecair peluntur yang dicampur sedikit dengan air kopi bakal menjadi penawar kepada Covid-19.

Lebih membimbangkan menyebaran berita palsu itu kini telah menular di laman sosial dan juga aplikasi whatapps kumpulan.

Iklan
Iklan

Jika korang terima kiriman pesanan mesej seperti itu awas! Berita itu palsu! Tak lawak dan tak kelakar!

Sedangkan menghidu bau cecair peluntur sudah membuatkan hidung menjadi perit inilah pula mahu meneguknya dan minum!

Iklan

Peka dengan apa yang berlaku, seorang doktor perubatan, Dr. Nimelesh meluahkan rasa kekecewaan menerusi akaun Twitter miliknya yang dikenali sebagai @HousofHilton dan beliau turut tambil memberikan peringatan kepada orang ramai.

Terkejut dengan penyebaran berita menerusi aplikasi WhatApps, Dr. Nimelesh melahirkan rasa bimbang jika ada yang terpedaya dengan berita palsu berkenaan.

Iklan

Menurut beliau, bahan kimia seperti peluntur yang tersebar melalui rakaman tersebut adalah sangat bahaya dan berisiko membawa kematian jika ia diminum walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Walaupun melalui ruangan komen rata-rata warganet sukar untuk mempercayai dan menyifatkan penyebaran berita palsu pihak tidak bertanggungjawab itu adalah satu perkara yang sangat mengarut, tidak mustahil ada individu yang ‘lulus’ akan mempercayainya.

Sekali lagi SinarPlus ingatkan, jangan mudah terpengaruh atau terpedaya kerana ia sangat tak logik!

Sudah terang lagikan bersuluh bahawa bahan kimia tersebut adalah racun dan ia hanyalah alat peluntur yang digunakan untuk mencuci. Tolanglah jangan jadi ‘pembaris’ (lurus bendul)!

Jika korang terima mana-mana mesej seumpama itu segera laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya ia tidak menular dan individu yang tidak bertanggungjawab akan segera dikenakan tindakan hukuman.