SEBAK dan sayu! Itulah gambaran yang dapat diunggap melalui kata-kata pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew apabila sebuah keluarga berbangsa Cina mengucapkan kalimah syahadah di hadapannya.
Berita gembira itu turut dikongsikan kepada umum oleh Ustaz Ebit melalui laman sosialnya di Facebook.
Menurut Ustaz Ebit, keluarga yang berasal dari Ipoh itu mengambil keputusan untuk memeluk Islam apabila sering melihat videonya membantu orang ramai yang dikongsikan di media sosial.
Ustaz Ebit juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hafiz Ng dari Jabatan Agama Perak dan Ajk Masjid Cina yang membantu keluarga tersebut.
Ustaz Ebit juga sempat memberikan sumbangan berupa beberapa buah basikal kepada ahli keluarga tersebut.