BARU-BARU ini tular satu video yang dimuat naik oleh seorang perempuan di laman sosialnya.
Perkara itu menjadi bualan ramai kerana sikap ‘keberaniannya’ sehingga menghebahkan sebagai tontonan umum.
Perkara berkenaan turut mendapat perhatian seorang pegawai perubatan, Dr Arisman.
"Saya tak pernah jumpa lagi sahabat-sahabat doktor, pakar, jururawat atau pembantu pegawai perubatan) yang berani cucuk jarum ke tangan sendiri seperti dalam video tersebut. Psycho juga orang seperti ini,”.
Itu reaksi pertama Dr Arisman tatkala memberi hujahnya mengenai kejadian yang berlaku itu.
"Sebenarnya ia tidak normal bagi orang yang normal untuk melakukannya.
"Pelakon dalam video tersebut sepertinya tidak memahami komplikasi yang akan berlaku jika tidak dilakukan dengan benar procedure intravenous canulation (sama ada branula atau menggunakan jarum butterfly tersebut),” jelasnya.
Komplikasinya seperti phlebitis, extravasation, air embolism, infection, thrombophlebitis, hematoma, hemorrhage dan tersalah cucuk saluran darah iaitu arterial canulation. Bahaya!
Sebenarnya, IV vitamin C atau nama lain Ascorbic Acid (AA) adalah tidak sah atau illegal dipakai sama ada untuk tujuan kosmetik atau kesihatan dalam Malaysia.
Baca juga Klorin berbau rupanya telah dicemari air kencing, najis. Bahaya untuk anak-anak
"Terang-terang salah pada awalnya. Menjual dan mempraktis jualan IV vitamin C adalah dilarang dan haram dalam Malaysia.
Bukti jelasnya, menurut laporan Bernama pada 10 Mac 2018, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan pendaftaran di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sekiranya ada dalam kalangan doktor yang menawarkan khidmat suntikan Vitamin C. Ini kerana suntikan tersebut sememangnya tidak diiktiraf oleh KKM malah turut tidak dibenarkan dijual di negara ini.
Hati-hati semua. Moga bermanfaat.