AWAL Disember lalu kita telah menerima perkhabaran gembira apabila Tok Ti atau Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan beliau melalui kehamilan kedua.
Pengumuman itu dilakukan menerusi Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom.
Setelah itu, Tok Ti sekali lagi turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan April tahun depan menerusi sesi siaran langsung dalam aplikasi beli-belah Shopee 12 Disember lalu.
Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza sah hamil empat bulan
Apa yang lagi menarik, Tok Ti baru-baru ini turut memberitahu bahawa bayi lelaki yang berusia empat bulan lebih itu sebenarnya kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah.
Tok Ti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.