Pemuda Malaysia jadi 'pesakit paling sunyi' di Sydney, rupanya...

Iklan
Pemuda Malaysia jadi 'pesakit paling sunyi' di Sydney, rupanya...

SEORANG pemuda Malaysia dilaporkan terbaring kesepian di katil sebuah hospital di Sydney.

Menurut laporan The Age Australia, pemuda itu digelar 'pesakit paling sunyi' apabila dia dikatakan tiada pelawat yang menjenguknya sejak enam bulan lalu ketika dimasukkan ke Hospital St Vincent itu.

Iklan
Iklan

Dia menderita penyakit autoimun yang jarang berlaku dengan kadar kelangsungan hidup 50 peratus.

Iklan

Kisahnya mula mencuri tumpuan ramai sejak beberapa hari lalu apabila dikhabarkan dia bakal dibenarkan keluar dari hospital berkenaan dalam minggu ini.

Difahamkan juga, Khaidir tidak mempunyai siapa-siapa di sana, keluarganya berada di sini dan dia juga tidak memiliki telefon atau mempunyai akses internet.

Iklan

Ketua Reumatologi di Hospital Umum St Vincent Sydney, Dr Laila Girgis berkata, pihaknya terkejut melihat Khaidir yang baru berusia 34 tahun tapi prognosisnya sangat buruk.

Baca juga [VIDEO] Kantoi ada wanita simpanan, bapa kandung sanggup langgar dan gilis anak sendiri

Difahamkan juga Khaidir ke sana pada Julai tahun lepas dan menjalani hidup seperti sedia kala.

Namun, sejak Februari, badan Khaidir menyusut menjadi 42 kilogram, lebih daripada separuh berat badannya beberapa bulan sebelumnya.

Suhu badannya juga melonjak melebihi 40 darjah Celsius setiap hari namun kini semakin pulih.

Khaidir juga telah kehilangan pekerjaannya sebagai jurutera pembinaan di Melbourne, status visa tidak menentu, dan dia sekarang kehilangan tempat tinggal setelah pangsapuri yang disewanya di Victoria telah tamat tempoh.