JIKA dihitung berbaki enam hari sahaja lagi penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat bakal bergelar isteri kepada pengacara, Nabil Mahir.
Seperti mana yang diumumkan menerusi saluran YouTube Channel Wuvvshow sebelum ini pasangan selebriti terbabit sepakat melangsungkan pernikahan pada 1 Januari 2021.
Menebak hati pemilik nama sebenar, Nur Suhada itu beliau menzahirkan keterujaan bakal melangkah ke gerbang perkahwinan bersama pilihan hatinya.
"Debaran itu ada. Cuma tiada sedikitpun terbit perasaan ragu-ragu atau terkilan kerana saya yakin dengan keputusan ini (berumah tangga).
"Lagipun bersedia atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri yang terbaik selepas ini, saya berdoa semoga urusan itu dipermudahkan,” katanya ketika ditemui SinarPlus di set rakaman program Melodi Xtra HyppSensasi Unifi, Bangunan Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor semalam.
[caption id="attachment_31206" width="1024"] BIARPUN bakal bernikah pada 1 Januari depan, Ayda Jebat masih aktif bekerja mempromosikan lagu baharunya, Parah Parah.[/caption]
Berbicara lanjut mengenai persiapan hari bahagianya, Ayda berusia 28 tahun bersyukur kerana setakat ini semuanya berjalan lancar.
Biarpun kini negara sedang berdepan Covid-19, namun situasi terbabit bukan penghalang untuk beliau membina masjid bersama Nabil berusia 32 tahun.
"Alhamdullilah, saya tidak mempunyai tema atau konsep perkahwinan tertentu.
"Justeru, apabila tempoh pandemik memerlukan kita mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak menganjurkan majlis skala besar, saya tetap beryukur.
"Bagi saya mengadakan majlis kecil pun tidak mengapa, asalkan perkara wajib dapat dilaksanakan,” ujar pelantun lagu Pencuri Hati tersebut.
[caption id="attachment_31207" width="1024"] PASANGAN selebriti, Ayda dan Nabil dijadualkan mengadakan majlis pernikahan ringkas mengikut SOP ditetapkan.[/caption]
Menurut Ayda, majlis pernikahannya dijadualkan berlangsung dalam suasana ringkas.
Sebelum ini, Ayda dan Nabil melangsungkan pertunangan melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu.