Syed Saddiq janji akan botak, demi '1 keluarga 1 laptop'

Iklan
Demi ‘1 keluarga 1 leptop’, Syed Saddiq bernazar botak kepala

NAMA ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi bahan bualan warganet apabila beliau kini telah berniat bernazar untuk membotakkan kepalanya jika berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM200,000.

Perkara tersebut dikongsikan oleh beliau di laman sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook miliknya yang mana sumbangan tersebut dibuat sempena kempen untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba untuk 100 orang pelajar dalam kawasan parlimen beliau.

Iklan
Iklan

Kempen yang dinamakan ‘1 keluarga 1 laptop’ sedang giat dijalankan oleh Syed Saddiq dengan matlamat utama setiap keluarga di Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak-anak mereka.

Syed Saddiq juga mewujudkan hashtag #botakchallenge sempena kempen tersebut yang mana jika sasaran RM200,000 kutipan terlaksana, beliau akan membotakkan kepalanya.

Iklan

Iklan

Syed Saddiq juga menambah, jika orang ramai ingin melihat dia membotakkan kepalanya diharap perkara itu dihebahkan kepada lebih ramai orang supaya kempen yang bakal berakhir 30 Disember ini mencapai sasaran yang ditetapkan.

Untuk memberi sedikit gambaran berkenaan rupa paras beliau jika dibotakkan, Syed Saddiq sempat menggunakan aplikasi khas yang menyunting imejnya tanpa rambut dan foto tersebut turut dikongsikan di Instgaram miliknyta beberapa jam yang lalu.

Melihat pada ruangan komen nampaknya ramai yang tak sabra nak tengok YB kita botak! Semoga kempen yang dijalankan mencapai sasaran dan lebih ramai keluarga yang dapat bantuan tersebut.

Jika anda ingin menyumbang, boleh dilakukan melalui akaun CIMB 8603323060 Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Muar atau klik pautan di sini : bit.ly/sumbangan1keluarga1laptop