e-Dagang kian meningkat, pengguna selesa berbelanja dari rumah

Iklan
e-Dagang kian meningkat, pengguna selesa berbelanja dari rumah

VISA hari ini mengumumkan bahawa Malaysia telah mencapai mercu jaya baharu apabila pembayaran tanpa sentuhan adalah lebih 50 peratus daripada transaksi bersemuka menggunakan Visa.

Penggunaan kaedah itu kini dilihat menjadi pilihan pengguna dalam kategori penting seperti makanan dan barangan keperluan dapur, ‘fast food’, gedung serbaneka dan farmasi.

Iklan
Iklan

Rakyat Malaysia pada umumnya, mengambil berat mengenai kesihatan dan keselamatan diri mereka kerana data menunjukkan produk kategori kesihatan dan penjagaan diri menyaksikan lonjakan jualan tahun ke tahun meningkat.

Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, pandemik Covid-19 adalah penyebab  penggunaan kini beralih kepada pembayaran digital terutamanya pembayaran tanpa sentuhan dan e-Dagang.

Iklan

Dengan menggunakan pembayaran digital, peniaga boleh memenuhi keperluan pengguna sambil meluaskan jualan digital ke peringkat antarabangsa.

Iklan

Secara keseluruhan perbelanjaan e-Dagang telah berkembang pada kadar pertumbuhan dua angka berbanding data yang direkod sebelumnya.

Bagi transaksi antara Januari sehingga Jun, untuk makanan dan barangan keperluan dapur telah meningkat tiga angka secara tahunan.

Sementara itu barangan runcit juga telah meningkat dengan ketara hampir tiga kali ganda berbanding setahun lepas.

Di samping itu, data Visa menunjukkan bahawa seorang daripada lima pemegang kad Visa aktif yang tidak pernah membeli dalam talian tahun lepas telah membuat pembelian pertama di dalam talian pada separuh pertama 2020.

Situasi itu telah mewujudkan norma baharu dalam kalangan masyarakat dan pengguna juga kini sedar dengan kepentingan baharu peranan e-dagang dalam kehidupan harian mereka.