APAM pecah atau sesetengah tempat dikenali apam mekar ini sejenis kuih tradisional yang tak lekang dek zaman.
Kuihnya yang bertekstur gebu dan lembut sangat enak dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang.
Kebanyakan resipi apam pecah ini menggunakan telur, namun kali ini kita cuba perkongsian Salasiah Suni ini.
Iklan
Katanya, ini ramuan yang paling mudah dan elok pula kejadian mekarnya.
Bahan-bahannya;
Iklan
- 1 paket tepung beras cap Teratai
- 4 cawan air
- 1 cawan tapai nasi
- 1 1/4 cawan gula
- 1 1/2 camca Eno
Cara membuatnya;
1. Masukkan semua dalam adunan dan kisar.
2. Tuang ke dalam acuan cawan dan kukus dalam 15 minit.
Cuba juga Kuih lompang pandan paling mudah hanya guna 4 bahan
Senang bukan? Selamat mencuba.