BARU-BARU ini tular di media sosial, seorang remaja yang berniaga burger menjadi mangsa kecurian.
Rupa-rupanya remaja tersebut adalah seorang pelajar Tingkatan Dua, Muhammad Nor Faizal Nordin.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi, ketika dia meninggalkan gerainya untuk ke tandas.
Antara barang yang hilang adalah telefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan.
Namun yang menariknya, berita kecuriannya itu turut mendapat perhatian daripada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.
Baca juga McDonald’s ‘belanja’ 35,000 set Happy Meal, ceriakan anak yatim
Katanya, atas dasar prihatin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menyumbangkan sebuah telefon bimbit kepada mangsa.
Menurutnya, ia bagi memberi semangat kepada remaja itu untuk terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan.
"Dengan hanya usaha kecil, namun tidak ramai orang yang memanfaatkan peluang itu untuk mengubah dunia, hanya satu kebaikan sehari," tulisnya.