#botakchallenge: Syed Saddiq berjaya kumpul RM383,000, mama restu Saddiq botak demi rakyat

Iklan
#botakchallenge: Syed Saddiq berjaya kumpul RM383,000, mama restu Saddiq botak demi rakyat

TERCAPAI! Akhirnya kempen ‘1 keluarga 1 laptop’ diiringi dengan misi cabaran #botakchallenge yang dilaksanakan lima hari lalu oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berakhir dengan kejayaan luar biasa petang tadi.

Menurut Syed Saddiq apa yang mengejutkan, usaha beliau untuk mengumpul RM200,000 bagi tujuan membeli komputer riba bagi keluarga susah di kawasan Parlimennya melebihi daripada apa yang beliau sasarkan.

Iklan
Iklan

Setakat jam 7 malam tadi, jumlah kutipan mencecah RM383,000 yang mana ia hampir sekali ganda daripada jumlah yang diperuntukkan untuk sasaran 100 orang pelajar.

Syed Saddiq juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dalam melaksanakan misi tersebut yang mana kebanyakan yang menyalurkan sumbangan bukan lah terdiri daripada penderma besar.

Iklan

Purata sumbangan diterima dalam lingkungan RM34 hingga RM37 dan itu jelas bermakna mereka adalah individu penyumbang kecil yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh keluarga susah di Muar.

Disebabkan oleh pencapaian itu juga Syed Saddiq turut mengotakan janji dengan mengakhiri misi #botakchallenge dan membotakkan kepalanya.

Iklan

Apa yang menarik perhatian warganet, perkara itu dibuat secara langsung di Facebook untuk tontonan umum.

Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz diberi penghormatan untuk mencukur rambut anaknya yang disiarkan secara langsung di Astro Awani.