Giliran Dr Amalina suntik vaksin Covid-19 di UK, selepas Sasha Saidin di UAE

Iklan
dr amalina

PELATIH pakar bedah warganegara Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi momen menerima suntikan vaksin Covid-19 di United Kingdom (UK) semalam.

Beliau yang sedang menyempurnakan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di sebuah hospital terkemuka di London memberitahu, vaksin terbabit adalah keluaran syarikat farmaseutikal antarabangsa, Pfizer.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Dr Amalina berusia 33 tahun turut menyarankan agar masyarakat sentiasa mematuhi peraturan Covid-19.

Iklan

"Diharapkan, tahun depan (2021) menjadi tahun yang lebih baik!," tulis Dr Amalina menerusi laman sosial Instagramnya @dramalinabakri semalam.

Sementara itu, dalam posting tersebut Dr Amalina turut memuatnaik foto ketika menerima suntikan vaksin berkenaan termasuk berkongsi beberapa fakta berkaitan vaksin Covid-19.

Iklan

Salah satunya, beliau menjelaskan vaksin terbabit tidak akan mengakibatkan individu mendapat Covid-19. Ini disebabkan vaksin berkenaan tidak mengandungi virus hidup yang boleh menyebabkan virus Covid-19.

Bukan itu sahaja, beliau juga menyatakan wanita hamil atau sedang menyusukan anak dibenarkan mendapatkan suntikan vaksin.

Direkodkan, Dr Amalina merupakan pelajar pertama negara berjaya memperoleh keputusan 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2004.

[caption id="attachment_7394" width="1024"] ADIK Ainul Mardhiah yang semakin sihat dan membesar dengan baik begitu dekat dalam hati Dr Amalina (kanan).[/caption]

Kredibiliti beliau dalam bidang perubatan amat dikagumi rakyat Malaysia, tambahan pula Dr Amalina mengambil insiatif membantu mengatur pembedahan membuang tumor seberat 200 gram pada bahagian mulut adik, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin di Hospital Kanak-Kanak London tahun 2019.

Dalam perkembangan lain, penyanyi dan pelakon, Sasha Mohd Saidin antara rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinopharm.

 

[caption id="attachment_31852" width="1024"] SASHA bersyukur beliau dan suami tidak mengalami sebarang kesan sampingan seperti demam, mual dan alahan.[/caption]

Ahli kumpulan Elite itu memaklumkan beliau dan suami, Sirhan Wahab menerima suntikan dos pertama vaksin di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selebriti berusia 44 tahun itu menjelaskan, beliau dan suaminya memilih vaksin jenis itu kerana keberkesanannya, namun suntikan jenis Pfizer lebih tinggi iaitu 96 peratus tetapi masih belum diperoleh di negara itu.

Sumber: @dramalinabakri dan @sashasaidin