Perbuatan biadap! Raja Permaisuri Agong minta pemilik Instagram @bukan_bangjago dikenakan tindakan!

Iklan
Perbuatan biadap! Raja Permaisuri Agong minta pemilik Instagram @bukan_bangjago dikenakan tindakan!

TINDAKAN pemilik Instagram @bukan_bangjago memuat naik gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah disunting adalah penghinaan terhadap institusi Diraja dan perbuatan itu disifatkan sangat biadap!

Tindakan tidak bermoral pemilik akaun itu dilihat dengan sengaja mahu mencabar undang-undang negara biarpun beberapa tindakan pernah diambil terhadap individu yang menghina Raja-Raja Melayu sebelum ini.

Iklan
Iklan

Perkara itu juga telah disedari oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda juga memuat naik satu posting di Instagram miliknya yang dikenali sebagai @airtangan_tunkuazizah dan memintak pihak berwajib mengambil tindakan segera.

Iklan

Dalam pada itu, baginda juga sempat bergurau dan menyatakan salah satu daripada gambar suaminya yang telah disunting itu kelihatan seksi dan sangat comel.

Iklan

Rasanya semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum dan ia juga sudah termaktub dalam Rukun Negara yang menyebut ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’ membuktikan setiap individu perlu menunjukkan taat setia kepada Raja-raja serta Yang di-Pertuan Agong.

Perkara memalukan dan tidak bermoral seperti ini sepatutnya tidak wujud dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang mengamalkan prinsip rukun negara.

Dengan penghinaan begini terjadi, rasanya sudah sampai masanya pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan pantas dan mencari individu yang tidak bertanggungjawab itu untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Mungkin sudah sampai masanya tindakan dan hukuman sekeras-kerasnya dikenakan terhadap individu berkenaan untuk dijadikan sebagai satu pengajaran kepada orang lain agar perbuatan sedemikian tidak lagi berulang.