Fazura, Fattah kongsi wajah puteri sulung

Iklan
Fazura & Fattah Amin

SEMPENA menyambut tahun baharu 2021, pasangan pelakon popular Fattah Amin dan Fazura akhirnya berkongsi wajah cahaya mata sulung mereka, Nur Fatima Aisya buat pertama kalinya selepas dilahirkan dua bulan lalu.

Menerusi laman Instagram masing-masing, pasangan tersebut telah memuat naik foto mereka bertiga yang memaparkan wajah Fatima sebaik sahaja memasuki tarikh dan tahun baharu 2021.

Iklan
Iklan

"Happy New Year 2021! Lots of Love. Fattah, Fazura and Fatima,” tulis Fazura ringkas.

Diikuti sekeping lagi foto istimewa Fazura dan Fatima yang dikongsi awal pagi hari ini.

Iklan

Rata-rata peminat dan rakan selebriti turut teruja dengan perkongsian tersebut, malah tidak putus memuji kecomelan Fatima yang dikatakan mewarisi ibu dan bapanya.

Terdahulu sebelum itu, Fazura selamat melahirkan puteri sulungnya pada 2 Oktober lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.

Iklan

(FOTO: Instagram Fazura)