ZAMAN sekarang, ramai orang muda telah menghidap kencing manis dan darah tinggi.
Bilangan pesakit yang disahkan menghidapi penyakit itu di negara kita kian meningkat dari hari ke hari.
Namun, pakar telah menemui satu jalan yang mudah dan percuma bagi mengurangkan risiko anda mengalami penyakit tersebut iaitu 'hanya dengan berjalan'.
Menurutnya, banyak berjalan juga mampu mengurangkan stres dan meningkatkan sistem imun badan.
Antara cara mudah bagi anda mula berjalan ialah dengan memakir kereta jauh dari kedai, berjalan sekitar perumahan dan menggunakan tangga berbanding lif.
Dalam satu kajian yang diterbitkan, penyelidik menyatakan bahawa mereka yang berjalan 4,000 ke 8,000 langkah sehari boleh mengurangkan risiko kematian disebabkan kanser ataupun penyakit jantung sebanyak 2 pertiga.
Baca juga Hati-hati, masalah mulut berbau boleh cetuskan penyakit kronik. Ini penjelasan pegawai perubatan
Selain itu, kajian turut mendapati mereka yang berjalan melebihi 12,000 langkah setiap hari boleh merendahkan risiko tersebut sehingga ke 90 peratus.
Kajian yang dijalankan pada awal Mac 2020 adalah berdasarkan data daripada 1923 peserta dalam kajian CARDIA (Coronary Artery Risk Development in Young Adults).
Tambahan dari hasil kajian mereka, penyelidik juga mendapati bahawa dalam setiap 1,000 langkah yang diambil setiap hari selama sembilan tahun membawa kepada penurunan risiko obesiti sebanyak 13% dalam kalangan wanita pertengahan usia.
Selain bagus untuk jantung dan kencing manis, berjalan juga dapat;
1. Meningkatkan pengedaran darah ke otak yang meningkatkan daya tumpuan.
2. Dapat mengurangkan kemurungan dan serangan panik.
3. Salah satu cara ringkas bagi meningkatkan kesihatan mental secara mudah.
4. Setelah amalkan banyak berjalan secara konsisten, biasanya pada minggu ke tiga atau keempat, badan mula menyesuaikan diri dan badan mula menjadi sihat.
Semoga bermanfaat.