Selamat bersalin, Mawar kongsi nama anak kedua

Iklan
Untitled design (20)

PELAKON Mawar Rashid selamat menimang cahaya mata perempuan yang juga anak keduanya di sebuah perubatan swasta pada pagi Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Mawar menerusi akaun Instagramnya lewat malam tadi.

Iklan
Iklan

Biarpun belum bersedia berkongsi wajah penuh anak perempuannya itu, Mawar memilih untuk berkongsi nama puterinya itu sebagai Raden Seri Rosabella Cinta.

"Syukur Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan kesemuanya,” tulis Mawar ringkas.

Iklan

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.

[caption id="attachment_32141" width="1024"] Raf turut mempunyai sepasang anak daripada perkahwinan terdahulu.[/caption]

Iklan

Pasangan itu turut dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.