Nadia antara dijangkiti Covid-19 berpunca daripada manusia

Iklan
harimau covid

BIARPUN tiada sebarang bukti atau kajian disahkan setakat ini, namun berita tentang haiwan peliharaan dijangkiti Covid-19 berpunca daripada pemilik bukanlah kes baharu.

Di Hong Kong, misalnya beberapa laporan sebelum ini mendedahkan dua daripada 17 ekor anjing yang menjalani saringan dan lapan ekor kucing disahkan positif wabak tersebut.

Iklan
Iklan

Ia termasuklah, seekor kucing di Belgium yang didakwa dijangkiti virus itu berpunca disebarkan pemiliknya.

[caption id="attachment_5665" width="1024"] SEEKOR kucing di Belgium didakwa dijangkiti Covid-19 berpunca disebarkan pemiliknya. Gambar hiasan[/caption]

Iklan

Ketua Penyakit Virus di Institut Kesihatan, Steven van Gucht memaklumkan, bahawa kucing berkenaan tinggal bersama seorang wanita yang mula menunjukkan simptom seminggu sebelum haiwan peliharaan itu mengalami kesukaran bernafas, cirit-birit dan muntah-muntah.

Hari ini, masyarakat dikejutkan pula tentang seekor harimau Malaya di Zoo Bronx di New York, Amerika Syarikat (AS) positif Covid-19.

Iklan

Menurut Ketua Veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, harimau Malaya yang dikenali Nadia itu dikatakan mengalami batuk kering. Ia terdedah kepada wabak tersebut selepas pekerja di sana disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, penjaga terbabit tidak menunjukkan gejala semasa menjaga Nadia berusia empat tahun.

"Tiga harimau dan tiga singa Afrika kini dipantau. Nadia sahaja yang menjalani ujian Covid-19, X-ray, ultrabunyi dan ujian darah susulan mengalami simptom teruk dan hilang selera makan sejak 27 Mac lalu.

"Setakat ini, masih belum diketahui bagaimana wabak ini (Covid-19) daripada manusia boleh menjangkiti haiwan," katanya.

Zoo Bronx ditutup sementara kepada orang ramai sejak 16 Mac lalu.

Foto: www.sciencetimes.com, wikipedia, unsplash