Neelofa, PU Riz maafkan Syamira Safiya

Iklan
Untitled design (29)

PENGACARA dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor memaafkan individu yang telah menulis kenyataan fitnah mengenai dirinya dan PU (Pencetus Ummah) Riz di laman Twitter baru-baru ini.

Menerusi Insta Storynya, Neelofa menyifatkan individu yang dikenali sebagai Syamira Safiya itu masih terlalu muda.

Iklan
Iklan

"Adik (Syamira), awak masih terlalu muda, baru belasan tahun. Jauh lagi perjalanan.

"Apa yang lepas memang sangat pahit untuk dihadapi tetapi ada banyak hikmah yang tersirat. Saya maafkan seikhlas hati, semoga ALLAH SWT menjagamu,” tulisnya.

Iklan

Sementara itu, PU Riz atau Haris Ismail turut bersetuju dengan kenyataan Neelofa dan telah mengulang siar (repost) di Insta Story miliknya.

Dalam pada itu, Syamira telah tampil membuat permohonan maaf menerusi satu kenyataan yang di muat naik menerusi akaun Twitter miliknya.

Iklan

[caption id="attachment_32193" width="1024"] Kenyataan permohonan maaf yang dibuat Syamira.[/caption]

Dia sebelum itu bertindak menyebarkan satu perbualan mesej dari aplikasi WhatsApp yang mendakwa Neelofa sudah berkahwin secara senyap di Kelantan dan terkena buatan minyak pengasih oleh PU Riz.