JKNP jelaskan isu tular kes Covid-19 di Cameron Highlands, jangan percaya berita palsu!

Iklan
JKNP jelaskan isu tular kes Covid-19 di Cameron Highlands, jangan percaya berita palsu!

SEJAK beberapa hari lalu, tular di laman sosial seperti Facebook dan juga WhatsApp berita dakwaan beberapa premis di Cameron Highlands diarah tutup gara-gara terdapat kes Covid-19 dilaporkan.

Akibatnya, orang ramai kini mula panik dan mereka yang telah berkunjung ke sana juga bimbang adakah mereka juga perlu melakukan ujian saringan Covid-19 atau sebaliknya.

Iklan
Iklan

Namun, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan beberapa premis di Cameron Highlands diarah tutup akibat jangkitan Covid-19 seperti yang tular di laman sosial Facebook dan WhatsApp itu.

Pengarahnya, Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata, Notis Perintah Tutup Premis yang dikeluarkan itu sebenarnya bagi tujuan pelaksanaan aktiviti nyahkuman dan nyahcemar.

Iklan

Beliau berkata, tiada arahan dikeluarkan pihaknya untuk menjalankan ujian pengesanan Covid-19 di klinik kesihatan seperti yang ditularkan.

Iklan

Dr Bahari berkata, JKNP juga telah menjalankan aktiviti pengesanan kontak secara aktif, manakala kontak rapat yang dikenal pasti telah diasingkan dan disaring untuk ujian pengesanan Covid-19.

Orang awam juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dengan menghubungi Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) di talian 09-5707985 / 7988 atau melalui e-mel cprc_pahang@moh.gov.my, untuk sebarang pertanyaan.

Selain itu, mereka juga boleh melayari Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang atau telegram CPRC Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia https://t.me/cprckkm bagi mendapatkan maklumat tepat kes Covid-19 di Pahang.

Justeru, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara langkah yang perlu kita buat dan amalkan bagi membendung wabak Covid-19 daripada terus menular adalah seperti:

??????? ?? / ?? : iaitu elakkan kawasan yang ????? (??????? ?????), elakkan kawasan yang ?????? (???????? ?????) dan elak sembang atau bertutur dengan ????? ???? ????? (????? ????????????).

??????? ?? : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (????), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (????), dan (????) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

⁃ Elakkan bersalaman atau bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;

⁃ Amalkan etika batuk dan bersin.

⁃ Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

⁃ Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung.

⁃ Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada ?.?.? sebagai normal baharu iaitu:

? : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

? : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.

? : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.