Anak, bekas isteri Fizo Omar positif Covid-19

Iklan
Untitled design (35)

PELAKON, pengacara dan usahawan, Fizo Omar memberitahu anaknya, Wan Maryam dan bekas isterinya, Mawar Karim disahkan positif virus itu pada 1 Januari lalu.

Menurut Fizo, mereka berdua sedang menjalani rawatan di sebuah hospital dan dia sendiri sudah menjalani ujian saringan pada 2 Januari dan disahkan negatif.

Iklan
Iklan

"Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya, Wan Maryam dan bekas isteri saya Mawar telah disahkan positive Covid-19 sejak 1 Januari 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

"Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil. Saya telah pun menjalani swab test pada 2 Januari dan alhamdulillah keputusannya adalah negatif.

Iklan

"Saya sangat hargai doa anda semua. Semoga Maryam dan Mawar cepat sembuh dan seluruh rakyat Malaysia yang menghadapi cabaran Covid-19 ini,” ujar Fizo menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Fizo juga turut mengucapkan terima kasih kepada barisan frontliner yang bertungkus-lumus ‘berperang’ dengan Covid-19.

Iklan

Fizo juga turut berpesan agar masyarakat tidak terus alpa dan mengambil mudah dengan jangkitan virus itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua frontliners yang terlibat bertungkus-lumus untuk ‘berperang’ dengan Covid-19 demi menjaga keselamatan kita semua.

"Pesanan kepada semua, jangan ambil mudah dengan Covid-19 dan patuhilah kepada segala SOP (Prosuder Operasi Standard) kerana ia memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri atau pun keluarga anda,” katanya.