Jangan ambil mudah jika terkena jangkitan paru-paru, boleh bawa maut

Iklan
Jangan ambil mudah jika terkena jangkitan paru-paru, boleh bawa maut

JANGKITAN paru-paru merupakan salah satu penyakit yang selalu dihidapi oleh kanak-kanak.

Penyakit ini kerap kali menyebabkan seseorang kanak-kanak ataupun orang dewasa itu dimasukkan ke dalam hospital.

Iklan
Iklan

Ia juga boleh menyebabkan kematian jika seseorang itu lambat mendapatkan rawatan.

Iklan

Dalam istilah perubatan, masalah ini dikenali sebagai pneumonia dan jangkitan ini sering berlaku di dalam masyarakat bahkan ia menjadi salah satu punca kematian di dalam komuniti.

Masalah ini akan menyebabkan struktur alveoli yang berfungsi sebagai kawasan pertukaran gas oksigen mengalami keradangan.

Iklan

Baca juga Elak lakukan 4 perkara ini jika ada anggota badan lebam teruk, guna beberapa kaedah yang disyorkan…

Keradangan tersebut pula akan menyebabkan cecair dihasilkan dan terkumpul di dalam alveoli tersebut.

Ini akan menyebabkan pertukaran oksigen di kawasan tersebut terganggu.

Semakin besar kawasan jangkitan kuman tersebut, semakin besar kawasan yang mengalami masalah pertukaran oksigen.

Jika ia terlalu teruk, pesakit akan mengalami masalah sesak nafas disebabkan kekurangan oksigen di dalam badan.

Ini adalah disebabkan keradangan yang berlaku pada bahagian alveoli menyebabkan terhasilnya cecair di dalam alveoli tersebut.

Ia akan menyebabkan pertukaran oksigen di kawasan tersebut terganggu.

Oleh itu, pesakit akan mengalami beberapa simptom seperti;

  • Sesak nafas ataupun bernafas laju. Ia adalah disebabkan pesakit tersebut sedang mengalami kekerungan oksigen di dalam badan.
  • Batuk yang teruk
  • Demam yang tinggi
  • Sakit dada. Ini disebabkan batuk yang terlalu kerap menyebabkan otot dikawasan dada tercedera dan menyebabkan rasa sakit ketika batuk ataupun ketika tarik nafas.

Perlu diingat, jika anak-anak mengalami simptom di atas terutama jika mengalami nafas laju, segeralah ke hospital membuat rawatan.