Minuman penawar Covid-19 palsu! KKM nasihat orang ramai supaya lebih berhati-hati

Iklan
SEJAK kebelakangan ini kes jangkitan Covid-19 semakin berleluasa sehingga ia mencecah 2,525 kes harian pada 31 Disember lalu sekali gus merupa rekod tertinggi yang pernah dilaporkan.

SEJAK kebelakangan ini kes jangkitan Covid-19 semakin berleluasa sehingga ia mencecah 2,525 kes harian pada 31 Disember lalu sekali gus merupa rekod tertinggi yang pernah dilaporkan.

Angka tersebut pastinya mampu membimbangkan orang ramai yang mana kini terpaksa hidup dalam keadaan norma baharu dan perlu mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan.

Iklan
Iklan

Dalam kebimbangan orang ramai, terdapat juga beberapa pihak tidak bertanggungjawab didakwa cuba mengambil kesempatan dengan menjual makanan kesihatan altenatif seperti air minuman yang didakwa mampu untuk mencegah malahan mengubati penyakit Covid-19.

Awas dan jangan mudah tertipu!

Iklan

Perkara tersebut juga mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati melalui satu posting di Facebook rasmi mereka.

Iklan

Tindakan pihak berkenaan dilihat sengaja ingin membimbangkan lagi masyarakat susulan kes harian yang dilaporkan semakin meningkan saban hari.

Makanan sunah, petua pelik dan minum air jus yang diiklankan ternyata belum mampu untuk dibuktikan berkesan oleh mana-mana pakar pemakanan kesihatan dan juga dikhuatiri mendapat kesan sampingan jika diamal dengan cara yang salah.

Teori-teori ini tak betul tapi orang takut dan bimbang jadi mereka terpengaruh dan merosakkan lagi kegusaran dalam kalangan orang ramai.

Media sosial juga sepatutnya bertanggungjawab untuk tidak mempromosikan perkara yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai.

Korang juga sebagai pengguna laman sosial perlu bijak untuk tidak berkongsikan mana-mana posting yang kelihatan agak pelik dan mencurigakan.

Langkah terbaik adalah segera melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab supaya tindakan dapat diambil dan ia tidak menular dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, petua pelik yang SinarPlus sendiri pernah terbaca adalah mencampur telur mentah dengan minuman ringan berperisa oren dan meminumnya sekali sebelum tidur dan sekali lagi pada waktu subuh sebelum mandi.

Tak logik bukan? Jadi, awas dan sentiasa berwaspada!