Pemilik restoran belanja ikan tilapia, jamu beratus pemandu lapar setelah terkandas 12 jam akibat banjir

Iklan
Pemilik restoran ‘belanja’ ikan talipia bantu ratusan pemandu terkandas 12 jam akibat banjir

"Nasib baik ada ikan Tilapia, dapat alas perut,” begitulah pengalaman yang dapat dikongsikan oleh pemilik resort Tasik Keyir Terengganu, Sazureen Abu Hasan apabila dia dan ratusan pengguna jalan raya yang lain terkandas akibat banjir.

Memetik laporan portal media tempatan, Sazureen membawa pulang hampir 70 ekor ikan Tilapia yang dipesan oleh jiran dan rakan, selepas mengetahui beliau akan ke resort pada hujung mingggu bagi melayan tetamu.

Iklan
Iklan

Sazureen berkata, beliau bertolak pulang ke Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Ahad dan memilih untuk menggunakan laluan Gua Musang-Kuala Lumpur selepas mengetahui Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dan laluan alternatif melalui Muadzam Shah, Rompin dinaiki air.

Iklan

Tambahan pula ikan tersebut juga sudah siap dicuci dan bagi mendapatkan garam serta kunyit, dia bersama suami terpaksa meredah banjir sebelum menumpang bot untuk ke kampung sebelah.

Dalam keadaan itu, Sazureen berkata mereka tidak mempunyai pilihan lain selain membakar ikan tersebut, yang dilakukan dengan pertolongan beberapa remaja dari sebuah bas persiaran yang turut terkandas di situ.

Iklan

Pengalaman terkandas itu juga dikatakan membantu mereka mengasah kembali kemahiran semasa bergelar ahli pengakap ketika di bangku sekolah.

Dalam keadaan sukar dan terdesak, kita terpaksa bijak menggunakan bahan persekitaran untuk bertahan dan meneruskan hidup.

Mereka dikatakan terpaksa kreatif menggunakan besi payung yang dipatahkan dan diikat untuk menjadi pemanggang ikan.

Semua orang saling membantu, mencari garam kunyit, mencari ranting kayu dan daun pisang untuk dijadikan pinggan.

Ternyata itu adalah satu pengalaman yang tak mungkin dapat mereka lupakan. Tambahan pula mereka kini sudah mempunyai kumpulan WhatsApp dan bercadang untuk mengadakan pertemuan semula 'ahli ikan tilapia' di resort milik Sazureen pada masa akan datang.