Mengapa vaksin Pfizer diguna di bandar manakala AstraZeneca untuk luar bandar, ini jawapan KJ

Iklan
Mengapa vaksin Pfizer diguna di bandar manakala AstraZeneca untuk luar bandar, ini jawapan KJ

SEBAGAI langkah untuk menghentikan penularan wabak Covid-19, kerajaan gigih berusaha bagi mendapatkan vaksin terbaik untuk diguna pakai oleh rakyat.

Bagi memastikan dos yang mencukupi untuk proses vaksinasi rakyat Malaysia yang dirangka sebelum penghujung 2021, kerajaan juga berusaha mendapatkan bekalan vaksin dari pelbagai pihak.

Iklan
Iklan

Namun, persoalan yang kini bermain dalam fikiran orang ramai adalah mengenai vaksin manakah yang akan kita terima?

Persoalan itu akhirnya terjawab menerusi kenyataan yang diberikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin baru-baru ini.

Iklan

Menurut kenyataan tersebut, penduduk di dalam bandar akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech manakala penduduk luar bandar pula menerima vaksin AstraZeneca-Oxford.

Perkara itu adalah disebabkan keperluan sistem penyejukan khas untuk vaksin Pfizer-BioNTech yang mana ia perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celcius manakala ada juga vaksin yang dihasilkan boleh disimpan pada suhu yang tidak terlalu sejuk.

Iklan

Oleh demikian, vaksin yang dikeluarkan syarikat farmasuetikal seperti AstraZeneca berkemungkinan boleh dibekalkan kepada penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar dan mampu disimpan di peti sejuk biasa.

Sebanyak 55 pusat simpanan vaksin ini telah dikenalpasti kerajaan dengan RM16.6 juta akan dibelanjakan kerana kos sistem penyejuk mencecah RM 80,000 sebuah.

Vaksin AstraZaneca pula hanya memerlukan storan pada suhu sekitar 8 darjah Celsius dan lebih mudah disimpan di luar bandar.

Vaksin akan mula diterima pada bulan Februari hadapan dengan proses vaksinasi dimulakan pada suku pertama 2021.

Secara keseluruhan lebih RM3 bilion telah diperuntukkan kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 82.5 peratus rakyat Malaysia menerima vaksin secara percuma.

Malaysia memperoleh 1.28 juta dos vaksin berasaskan BNT162 mRNA dari Pfizer untuk keperluan 6.4 juta orang bermula pada Februari ini.

Khairy turut menambah, Pfizer sebelum ini memaklumkan memerlukan tempoh enam minggu untuk membuat sedikit perubahan bagi memastikan vaksin yang dibangunkannya mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi terhadap varian baharu itu.