Kluster Jangkitan generasi ke-3 : Anda perlu JUJUR!

Iklan
Kluster Jangkitan generasi ke-3 : Anda perlu JUJUR!

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengesan kluster baharu wabak Covid-19 di Sarawak yang berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali sehingga telah meragut lima nyawa.

Kluster yang dikesan itu berpunca daripada pesakit ke-1,580 yang pulang dari Itali dan bekerja seperti biasa sehingga terjangkit kepada rakan sekerja.

Iklan
Iklan

Rakan sekerjanya pula telah menyebarkan jangkitan tersebut kepada ahli keluarga lain sehingga ada yang menyebabkan kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kluster berpunca ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga.

Iklan

Apa itu jangkitan sehingga generasi ketiga? Sinar Plus perincikan seperti berikut:

    Iklan

  • Generasi 1 - Rakan sekerja yang baru balik Itali
  • Generasi 2 - Anak (rakan sekerja lain)+Nenek
  • Generasi 3 - Ahli Keluarga terdekat

Sememangnya wujud risiko bagi kes-kes Covid-19 luar negara diimport dan mengakibatkan penularan di dalam negara. Situasi tersebut ternyata amat bahaya!

Selaras Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan ditempatkan di stesen kuarantin yang disediakan.

Apa yang perlu dilakukan jika seseorang itu pulang dari luar negara sebelum ditempatkan di stesen kuarantin?

Antara langkah yang perlu anda patuh adalah seperti :

1. Di pintu masuk negara, anda akan menjalani saringan kesihatan bagi mengesan demam dan gejala Covid-19, manakala ujian pengesanan akan dijalankan serta anda perlu dipantau selama 14 hari di stesen kuarantin.

2. Anda juga perlu memberikan maklumat secara jujur sekiranya mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19. Ini sangat penting!

3. Maklumat berkaitan perjalanan ke luar negara atau pernah terbabit dalam sebarang perhimpunan yang diumumkan kementerian sebagai berkait rapat dengan jangkitan Covid-19.

4. Jangan sembunyikan apa-apa sejarah perjalanan anda daripada petugas kesihatan.

5. Sekiranya ada yang bergejala semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa atau ketika berada di stesen kuarantin, anda akan dihantar ke hospital yang dikenal pasti untuk pemeriksaan dan rawatan.

6. Mereka yang dikesan positif Covid-19 melalui ujian pengesanan sampel yang dijalankan, akan dirujuk ke hospital dikenalpasti untuk tujuan pengasingan, pemeriksaan, rawatan dan pemantauan.

Ini adalah untuk mencegah penularan jangkitan Covid-19 kepada masyarakat dan seterusnya membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Sinar Plus harap anda semua patuh pada garis panduan yang telah ditetapkan KKM dan pihak kerajaan supaya rantaian jangkitan wabak Covid-19 ini tidak akan berlanjutan.

Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri kerana perkara tersebut mampu meragut nyawa orang lain!