Tiga jenis resipi jus detoks epal

Iklan

SIAPA penggemar epal hijau pastinya beruntung kerana epal hijau adalah solusi terbaik untuk turunkan berat badan. Dengan sebiji epal banyak rahsia dan khasiat yang tersembunyi.

1. Epal dan daun saderi.

Iklan
Iklan

Ini merupakan petua untuk membuang toksin dalam tubuh. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksin dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi anda yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

Iklan

Bahan-bahan:

Dua biji epal

Iklan

Daun saderi

Cara-caranya:

1) Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saderi.

2) Amalkan minum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.

2. Epal serai

Gabungan dua bahan ini dikatakan baik untuk merawat masalah sakit lutut. Banyak perkongsian di media sosial mampu membantu anda yang mengalami masalah lutut.

Bahan-bahan:

Dua biji epal

Empat batang serai

Satu liter air

Cara-caranya:

1) Epal dipotong kecil-kecil dan serai diketuk.

2) Masukkan ke dalam periuk bersama satu liter air dan biarkan sehingga Ia mendidih.

3) Rebus guna api sederhana lebih kurang 30 minit.

4) Lenyek-lenyekkan epal dan tapis dengan air.

5) Sejukkan dan boleh diminum.

3. Jus epal, tomato dan lobak

Bagi memastikan kulit sentiasa cantik, amalkan jus daripada tiga gabungan ini amat disarankan. Hasilnya kulit lembut, selembut kulit bayi. Bukan hanya untuk kulit malah ia juga sebagai detoks terbaik untuk tubuh kita.

Bahan-bahan:

Sebiji epal

1/2 biji tomato

1/2 biji lobak merah

Cara-caranya:

1) Kisar semua bahan sehingga sebati.

2) Tapiskan dan minum jusnya.

3) Amalkan minum jus ini empat kali seminggu dan jadikan sebagai rutin.

Mudah saja cara untuk membuatnya? Walaupun berada di rumah, anda juga boleh lakukan senaman untuk membakar lemak. Paling tidak naik turun tangga di rumah dan berjalan laju untuk kuatkan jantung kita. Makan berkalori tinggi juga kena jaga.

Kawal makanan anda!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: UNSPLASH