Terbaik, UiTM Pahang hantar satu bas bantu mangsa banjir Raub

Iklan
Jika mahu jadi ayah terbaik...

SEJAK Pahang berhadapan dengan masalah banjir yang kini menjejaskan ramai penduduk setempat, pelbagai pihak dan badan kebajikan diwujudkan bagi memberi pertolongan kepada mangsa yang memerlukan.

Juga tidak ketinggalan, Kelab Apresiasi Pensyarah (KAP) dengan kerjasama bahagian pentadbiran UiTM cawangan Pahang Kampus Raub telah mengambil inisiatif membentuk pasukan sukarelawan bantuan dengan kapasiti 43 sukarelawan yang terdiri daripada para pensyarah dan kakitangan universiti tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan dari UiTM, pasukan itu diwujudkan bertujuan untuk membantu mangsa banjir di Mukim Dong, Raub yang telah terjejas teruk akibat banjir besar.

Pasukan sukarelawan itu terbahagi kepada dua kumpulan, yang mana kumpulan pertama merupakan pasukan sukarelawan pembersihan yang berperanan melakukan kerja-kerja pembersihan.

Iklan

Ia melibatkan lima buah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Kuala Gali yang telah ditenggelami air akibat banjir.

Pasukan itu akan turun ke lapangan dengan kapasiti 34 sukarelawan yang diketuai oleh Pengerusi Kelab Apresiasi Pensyarah (KAP) UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, Dr. Mohamad Sahizam Musa.

Iklan

Beliau turut menyampai sumbangan derma dikumpul hasil sumbangan para pensyarah kepada mangsa-mangsa banjir tersebut mewakili Penolong Rektor UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, Dr. Che Hamdan Che Mohd Razali

Pasukan kedua pula merupakan pasukan sukarelawan memasak yang berperanan membantu dan memasak hidangan untuk lebih kurang 800 orang mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Perlindungan Banjir Kampung Pia, Mukim Dong, Raub.

Pasukan ini menyantuni mangsa banjir dengan kapasiti 9 orang sukarelawan diketuai oleh wakil MITASA UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, Nurul Afzan Najid,

Menurut Dr. Mohamad Sahizam, penglibatan sukarelawan yang diketuai beliau dalam membantu mangsa-mangsa banjir merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan.

"Kewujudan dan fungsi institusi pengajian tinggi tidak terhad sebagai pusat pengajian semata-mata, malahan institusi ini juga mempunyai kekuatan dan keupayaan dalam melaksanakan sebarang kerja-kerja sukarelawan.

Selain itu, penglibatan institusi ini dalam gerak kerja seumpama membolehkan jalinan ukhwah diantara UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub dan komuniti setempat dapat dieratkan lagi.

Dengan komitmen tanpa berbelah bahagi melibatkan sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit gerak kerja sukarelawan bantuan banjir 2021 UiTM cawangan Pahang Kampus Raub ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Tahniah warga UiTM!