Katil hospital tak cukup, pesakit positif Covid-19 tidak bergejala kuarantin di rumah. Amalkan 5 langkah ini

Iklan
covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan setakat 8 Januari 2021, kes kumulatif positif Covid-19 dunia terus mencatatkan peningkatan apabila 85.5 juta kes direkodkan.

Menurut perkongsian menerusi laman sosial Facebook rasmi KKM menyatakan, angka korban akibat virus tersebut di serata dunia menghampiri 2 juta kes.

Iklan
Iklan

"Amerika Syarikat kekal mencatatkan angka tertinggi kes positif dengan 22.1 juta kes. Sementara itu, sejak kelmarin kes positif di Mauritania mencecah angka 15,000 selepas Botswana.

Iklan

[caption id="attachment_32808" width="1024"] SETAKAT 8 Januari 2021, kes kumulatif positif Covid-19 di dunia terus mencatatkan peningkatan dengan 85.5 juta kes direkodkan.[/caption]

Bahkan, situasi semakin membimbangkan apabila trend jangkitan positif sejak kebelakangan ini nampaknya melebihi 2,000 kes. Buktinya, semalam statistik terkini Covid-19 mencatatkan jumlah kes baharu sebanyak 2,643, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 131,108.

Iklan

Susulan situasi kes aktif yang terus meningkat menyebabkan kapasiti di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dan hospital diwartakan merawat pesakit Covid-19 semakin penuh.

Justeru, solusinya individu yang positif tidak bergejala atau bergejala ringan (tahap 1 dan 2) boleh menjalani kuarantin di rumah.

Persoalannya, apakah langkah-langkah harus dilakukan oleh pesakit positif Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah?

Jom ikuti perkongsian daripada pihak KKM ini. Ia terdiri daripada:

1- Pesakit harus duduk di dalam bilik berasingan daripada ahli rumah yang lain. Sebaik-baiknya kekal berada di kamar mempunyai kemudahan bilik air.

2- Jika terpaksa berkongsi bilik air, pastikan bilik air tersebut dibersihkan atau disinfeksi setiap kali selepas digunakan.

3- Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer.

4- Pakai pelitup muka dan pastikan penjarakkan fizikal antara satu hingga dua meter dengan ahli rumah yang lain.

5- Pantau diri sendiri setiap hari untuk mengenal pasti gejala. Hubungi 999 jika gejala bertambah teruk seperti sesak nafas dan demam panas.

Marilah kita bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19.

Sumber: Facebook KKM dan Canva