Nak sayuran atau pokok bunga subur, ini petua mudah guna bahan di dapur

Iklan
Nak sayuran atau pokok bunga subur, ini petua mudah guna bahan di dapur

RAMAI yang suka berkebun. Ada yang memilih menanam pokok bunga dan hiasan namun ada juga yang suka tanam sayur-sayuran.

Tidak kisahlah apa tanaman, yang penting tumbuhnya segar bugar agar terasa sejuk sahaja mata bila melihatnya.

Iklan
Iklan

Rupanya senang sangat nak suburkan tanaman, tak perlu pakai baja atau bahan kimia pun boleh dapat hasil tanaman yang sihat, gemuk dan segar.

Hanya guna bahan yang ada di rumah. Jimat, mudah dan bebas bahan kimia.

Iklan

1. Air basuhan beras

Air basuhan beras jangan dibuang, tadahkan ke dalam besen dan ketepikan. Apabila tiba waktu untuk menyiram, gunakan sahaja air basuhan beras yang

Iklan

disimpan itu.

2. Air daripada cucian ikan

Air daripada cucian ikan semasa proses menyiang juga boleh digunakan sebagai penyubur pokok.

Lakukan langkah yang sama seperti air basuhan beras.

3. Hampas kopi

Jika anda penggemar kopi, hampas kopi yang ditapis juga boleh dimanfaatkan untuk menyuburkan pokok.

Caranya mudah sahaja, cuma masukkan hampas kopi tadi ke dalam tanah (pasu atau polybag) pokok berkaitan dan gemburkannya.

Kemudian siram seperti biasa.

Baca juga Ini perbezaan antara ‘Baik Sebelum’ dan ‘Guna Sebelum’ pada pek produk makanan, minuman

4. Serbuk papan

Jika ada serbuk papan, anda boleh gunakannya untuk dicampur ke dalam pasu tanaman.

5. Sekam padi

Bagi mereka yang tinggal berdekatan sawah atau kilang padi, anda boleh dapatkan sekam padi yang telah dibakar untuk dijadikan baja pokok.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Sumber: Hhbdnursery