JIKA dahulu, berkhatan kebiasaannya akan dilakukan oleh ‘Tok Mudim’ yang mana kebanyakan daripada kaum lelaki pasti akan mengalaminya.
Namun, kini teknologi makin maju. Khidmat ‘Tok Mudim’ juga kini diganti oleh doktor yang menggunakan kaedah moden ini iaitu `clamp’.
Kaedah tersebut hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit untuk diselesaikan berbanding kaedah tradisional.
Pengalaman sekali dalam seumur hidup itu amat menakutkan dan menghantui zaman kanak-kanak tetapi ia tetap akan diingat sehingga ke hari tua. Betul tak?
Begitu juga dengan sebuah perkongsian rakaman video yang kini sedang tular di Twitter yang mana kelihatan seorang kanak-kanak sedang ditemu bual oleh ahli keluarganya dalam persiapan sebelum menempuh hari berkhatan yang bakal dijadikan kenangan pada masa hadapan.
Menariknya, melalui rakaman tersebut, kelihatan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 10 tahun itu tenang menjawab segala pertanyaan keluarganya dan menyatakan perasaannya langsung tidak gentar.
Kanak-kanak lelaki itu juga dengan yakin dan beraninya berkata dia tidak takut dan yakin bahawa ia langsung tidak menyakitkan, serta tidak sabar untuk menunggu hari esok.
Wau! cakap besar betul adik ni yer!
Namun, lain pula yang berlaku apabila keesokan harinya kanak-kanak itu dilihat telah menangis walaupun baru sahaja dalam perjalanan ke klinik.
Reaksi kanak-kanak itu sepanjang berada di katil klinik dan ketika sedang dikhatankan juga dirakam ahli keluarganya yang mana rata-rata warganet yang menonton rakaman tersebut geli hati dengan kelakuan kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak itu berulang-ulang kali mengatakan dia"tak nak jarum” yang mana dia dilihat masih trauma dengan jarum walaupun selepas selamat dikhatankan.
"Yang lain tak sakit, jarum je sakit,” katanya apabila sampai di rumah melalui rakaman video tersebut.
Selepas melalui pengalaman menakutkan itu, kanak-kanak berkenaan masih lagi trauma dengan jarum sementara ahli keluarga lain cuba untuk menenangkannya.
Video kanak-kanak itu membuat warganet terhibur dengan reaksinya dan rata-rata mereka yang memberi komen turut berkongsi kenangan serta pengalaman sendiri. Korang ada pengalaman macam ni tak? Jom la kongsi dekat ruangan komen.