Cantik! Mua bantu mekap gadis mangsa 'Face Shaming' ketika live

Iklan
Cantik! Mua bantu mekap gadis mangsa 'Face Shaming' ketika live

TIADA siapa yang minta dilahirkan tidak sempurna.

Setiap insan haruslah bersyukur dengan bentuk raut wajah dan fizikal kurniaan Allah.

Iklan
Iklan

Apatah lagi dalam Islam, kita turut dilarang menghina apa sahaja cacat cela melibatkan tubuh badan manusia lain umpamanya masalah suara, sumbing,  telinga dan sebagainya yang ditakdirkan oleh Sang Pencipta kepada seseorang.

Iklan

Gadis yang dikenali Sobah Rajaai itu amat kecewa dan terkilan apabila netizen sanggup membuat kecaman sebegitu terhadapnya.

Yang paling menyedihkan, warganet turut menghina keluarganya termasuklah kepada arwah bapanya.

Iklan

Terbaru, seorang jurusolek, Syakirah Syabari tampil berkongsikan video solekan dan foto terhadap wajah Sobah Rajaai.

Hasilnya, Fuh! Sangat cantik!

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Syakirah Syabari turut berkongsi foto perubahan wajah gadis tersebut dengan mengenakan solekan yang sangat menawan.

Sesi solekan berkenaan turut dirakam secara ‘live’.

Baca juga [VIDEO] Adik ‘cakap besar’ tak takut berkhatan, akhirnya lain pula yang jadi

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memuji hasil solekan tersebut.

Sumber: Syakirah Syabari, Sobah Rajaai