Darurat mengejut! Syed Saddiq yakin PKP berlanjutan hingga Ogos, gesa kerajaan sediakan perlindungan moratorium

Iklan
“Darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri adalah satu tindakan yang terlalu drastik dan dilihat terburu-buru,” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu menyuarakan pandangannya setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet dan mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

Syed Saddiq dalam posting Facebooknya juga memaklumkan reaksi daripada rakyat juga mencerminkan rancangan darurat itu tidak dilakukan dengan baik.

Iklan

Syed Saddiq membangkitkan tiga perkara berhubung darurat serta peranan kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0)

Iklan

Pertama, kerajaan haruslah memanggil blok pembangkang untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas bagi memastikan urus tadbir dan hala tuju negara akan bergerak dengan lancar dan stabil.

Kerajaan harus bertindak adil dan saksama dengan pembangkang kerana darurat yang diisytiharkan secara rasmi ini adalah bertujuan untuk melawan wabak pandemik Covid-19.

Kedua, kerajaan harus segera membentangkan rancangan untuk melindungi kebajikan ekonomi rakyat.

Jadi, kerajaan harus sediakan perlindungan moratorium secara menyeluruh kepada rakyat.

Bantuan wang tunai juga harus segera diumumkan dan dilaksanakan sekurang-kurangnya bermula pada hujung bulan Januari.

Tidak ada alasan lagi untuk membiarkan rakyat tanpa perlindungan ekonomi oleh kerajaan.

Ketiga, walaupun pembangkang tidak mahu adakan PRU kerana ketidaktentuan krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda negara, ia tidaklah hanya boleh dicapai dengan mengisytiharkan darurat.

Kerajaan seharusnya fokus dan segera laksanakan pelan untuk menghadapi krisis dan darurat bukan jawapan yang tepat.

Namun, ia sudah diisytihar pada pagi tadi. Maka, kerajaan harus segera terima gesaan dan panggil pembangkang untuk terlibat sama dalam urus tadbir negara.