Affin Bank tawar moratorium pada mangsa banjir yang terjejas

Iklan
Affin Bank tawar moratorium pada mangsa banjir yang terjejas

BANJIR dahsyat yang melanda telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian terhadap negara, infrastruktur dan terutamanya rakyat.

Beribu penduduk juga kehilangan tempat tinggal malahan lebih menyedihkan ada dalam kalangan ahli keluarga mereka yang kehilangan nyawa akibat bencana itu.

Iklan
Iklan

Atas dasar keperihatinan, sedikit berita yang mungkin dapat melegakan kerisauan bagi golongan yang kini terkesan akibat banjir yang teruk melanda terutama sekitar pantai timur.

Affin Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd kini menawarkan moratorium enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir menerusi Program Bantuan Kewangan dan Bantuan Ansuran (FAIR).

Iklan

Moratorium adalah bermaksud penangguhan rasmi bayaran. Ini bermaksud penangguhan bayaran terhadap pinjaman atau pembiayaan.

Pelanggan tidak perlu untuk bayar pinjaman rumah, kereta dan segala jenis pinjaman lain yang turut ditawarkan daripada bank untuk tempoh yang ditetapkan.

Iklan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, menerusi program bantuan kewangan FAIR itu, para pelanggan boleh menangguhkan pembayaran pinjaman mereka selama enam bulan sekiranya mereka terjejas akibat banjir.

Kumpulan itu juga akan menyumbang sejumlah RM500,000 untuk pelbagai inisiatif berkaitan kemanusiaan dan perubatan kerajaan bagi membantu mangsa banjir.

Untuk memohon program bantuan kewangan tersebut, para pelanggan diminta menghubungi pihak bank di talian 03-8230 2222, atau kunjungi cawangan Affin Bank atau Affin Islamic Bank terdekat.

Semoga bermanfaat!