[VIDEO] Gaya mat rock lelaki ini nyanyi lagu PKP cuit hati warganet

Iklan
video covid-19

PELAKSANAAN perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa negeri termasuk Selangor bermula hari ini diharapkan dapat dipatuhi dengan sebaiknya.

Pelaksanaan PKP itu dibuat memandangkan negara mencatatkan kes sebanyak 138,000 pesakit dengan jumlah 109,000 orang sembuh, manakala 555 kes kematian (setakat artikel ini ditulis).

Iklan
Iklan

Kes yang meningkat naik cukup membimbangkan semua lebih-lebih lagi negeri Sabah yang mencatatkan kes paling tinggi iaitu 36,741 kes diikuti Selangor sebanyak 31,188 kes.

Iklan

Tidak dinafikan ramai yang berdepan kesulitan apabila tidak dapat berniaga seperti biasa, ada juga terpaksa dicutikan sepanjang PKP kerana kedai ditutup dan sebagainya.

Pun begitu, ada juga inisiatif individu tertentu yang cuba menghidupkan suasana dengan perkongsian video lagu yang melucukan.

Iklan

Pemilik akaun Facebook, Azman Naim yang memuat naik satu video berdurasi satu minit 22 saat itu bertemakan lagu raya cukup sinonim dan kena nampaknya dengan keadaan yang melanda negara ketika ini.

Bait lirik lagu yang diubah suai agak melucukan dan menarik perhatian ramai selepas video hitam putih itu dikongsikan di semua platform media sosial milik Azman.

Antara kata-katanya:

"Dengan ingatan tulus ikhlas, Selamat PKP 2.0 2021! Duduklah kat rumah saja! Lagu pembukaan PKP 2.0 2021. Jangan stress-stress geng. Enjoy!."

Dengan wajah bersahaja, setiap lirik lagu seperti luahan rasa itu disampaikan dengan mod kreatif dan pada masa sama, beliau menyarankan orang ramai jangan terlalu tertekan dengan musibah yang berlaku ketika ini.

Pada akhir video, sempat lagi mohon kepada kerajaan untuk meluluskan i-Sinar tanpa sebarang syarat.

Tidak lupa juga kata-kata nasihat kepada semua supaya bersama-sama melawan Covid-19, bersama membantu rakyat dan kita belum menang.

Rata-rata warganet yang sudah menonton video tersebut terhibur.

Ramai juga berkongsi perasaan dengan musibah yang berlaku dan terpaksa berdepan PKP dan PKPP.

Ada juga yang mengatakan lagu itu sesuai memandangkan PKP tahun lalu berlaku ketika sambutan Aidilfitri.

Tidak kurang juga menyokong supaya prosedur i-Sinar dipermudahkan dan boleh dikeluarkan tanpa syarat dengan keadaan negara yang masih dilanda wabak Covid-19.

Diharapkan video tersebut memberikan keceriaan kepada mereka yang bersedih berdepan PKP.

Jangan lupa #kitajagakita dan semoga berjaya membendung wabak Covid-19 dengan kerjasama semua.