Kunyah makanan perlahan-lahan, cara mudah kawal berat badan

Iklan
Kunyah makanan perlahan-lahan, cara mudah kawal berat badan

PENGAMBILAN makanan secara tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak.

Selain itu, ia turut meningkatkan risiko berhadapan pelbagai jenis penyakit kronik.

Iklan
Iklan

Dengan mengamalkan pengambilan makanan dengan mengikut panduan makan secara sihat akan membantu mengawal berat badan serta kita dapat menikmati makanan tanpa menjejaskan kesihatan.

Iklan

Ini tujuh tip mengelakkan pengambilan makanan berlebihan;

1. Mengunyah makanan secara perlahan

Iklan

  • 20 minit masa diperlukan untuk menghantar mesej ke otak bahawa perut sudah penuh dan kenyang.
  • Makan dengan cepat menjadikan jumlah makanan yang diambil bertambah.

2. Makan mengikut waktu, elak melangkau waktu makan.

3. Makan mengikut keperluan sahaja.

  • Jika banyak jenis makanan dihidangkan, cukuplah sekadar merasa sahaja setiap makanan. Elak makan sehingga kenyang.

4. Pilih menu makanan yang dimasak dengan kaedah sihat.

  • Seperti kukus, rebus, sup, bakar dan digoreng dengan menggunakan minyak yang sedikit.

5. Susun lauk atau ulam di atas pinggan secara teratur.

  • Elakkan menimbun makanan bagi mengurangkan makan secara berlebihan.

Baca juga Si kecil dijangkiti kutu rambut, ini tip mudah yang boleh diambil

6. Ambil hidangan makanan dalam sukatan kecil.

  • Menggunakan piring atau pinggan kecil.

7. Saiz makanan yang kecil

  • Apabila menghadiri jamuan atau kenduri, ambil hidangan hanya dalam saiz yang kecil.

Sumber: KKM