PERNAH mendapat kecaman netizen apabila menyiarkan rakaman video sahabat meninggal dunia pada Disember lalu namun tidak mematahkan semangat usahawan muda, Hafiz Mahamad untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Melalui perkongsiannya, dia sangat terharu dan tidak diduga ramai yang membantunya ketika itu dalam keadaan terdesak mendapatkan pampers dan susu anak.
Bermula daripada itu, beliau giat turun ke kawasan yang terjejas bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pahang.
Kongsinya di laman Facebook, sempena hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dirinya pula positif Covid-19.
Baca juga Penangan PKP buat ibu kepada dua anak OKU ini buntu teruskan hidup
Hafiz turut bersyukur, anak dan isteri serta staf tidak dijangkiti sepertinya.
Rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan untuknya serta memberi kata-kata semangat untuk terus kuat menjalani ujian ini.
Terus mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Hanya kita yang boleh memutuskan rantaian Covid-19 ini.