KEBANYAKKAN kanak-kanak gemar menggigit kuku. Namun tabiat gigit kuku ini turut berlaku dalam kalangan orang dewasa.
Jika korang salah seorang yang suka menggigit kuku, mohon hadam keburukan perbuatan tersebut.
Walaupun tidak begitu jelas mengapa seseorang itu gemar menggigit kuku.
Namun, apabila ia sudah menjadi satu tabiat, maka agak sukar untuk meninggalkannya.
1. Tertekan, bosan atau tidak sabar
- Apabila sudah mula menjadi satu tabiat, maka ia akan kerap berlaku terutamanya jika anda sedang menunggu sesuatu, berasa tertekan, kebosanan atau ketika menjadi tidak sabar.
- Hal ini kerana korang sedang cuba untuk mengawal perasaan yang sedang anda alami.
2. Memberikan tumpuan
- Kadangkala, ada individu berbuat demikian sewaktu mereka sedang memberikan tumpuan yang sepenuhnya.
- Korang mungkin tidak begitu perasan sedang gigit kuku ketika cuba menyelesaikan sesuatu masalah yang sedang dihadapi.
3. Stres dan keresahan
- Ada juga yang menggigit kuku ketika sedang stres atau mengalami keresahan atau kegelisahan.
- Ia sebagai satu cara untuk mendapatkan kelegaan yang bersifat sementara daripada stres dan keresahan yang dialami.
4. Masalah emosi atau psikologi
Amalan menggigit kuku juga boleh dikaitkan:
- Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD)
- Gangguan kemurungan utama
- Gangguan kompulsif obsesif (OCD)
- Sindrom Tourette
- Gangguan keresahan pemisahan
Namun, tidak semua yang memiliki gangguan-gangguan ini akan menggigit kuku dan mereka yang menggigit kuku tidak semestinya memiliki masalah berkaitan gangguan mental.
Selain kesakitan pada kuku dan kulit di sekitarnya, keburukan menggigit kuku merangkumi:
- Kuku yang kelihatan tidak normal.
- Jangkitan kulat pada plat kuku dan kulit di sekitarnya.
- Mendapat penyakit disebabkan oleh penyebaran bakteria dan virus daripada jari ke wajah dan mulut korang.
- Membahayakan gigi seperti gigi yang pecah, gigi yang tidak sekata, dan penyerapan semula gigi.
- Sakit pada sendi gigi.
Tabiat menggigit kuku jelas memberikan banyak keburukan yang bukan sahaja terhadap kuku malah tubuh korang juga.
Ia turut berisiko mendapat jangkitan jika kerap menggigit lalu menelan kuku tersebut.
Oleh itu, wahai si penggigit kuku, hentikan tabiat buruk korang sekarang juga!